Sunday

Pada mulanya ...

entry ini bersifat provokasi, jadi sila tenang ketika membacanya, kalau rasa nak sepak laptop, bawak mengucap. (sememangnya aku sengaja, hehe)

Dah lama rasanya aku tak post apa-apa dekat sini, maaflah blog, aku tinggal kan kau terlalu lama, oh rin-du-nya. ahaks ! ceh, aku sebenarnya dah ada tempat baru untuk membebel, maki hamun segala bagai dah, di buku. terpaksa ku curangkan kau blog. Kalau kau orang, mesti aku kena halau -.-


Okay serius balik. haih ni lah punca bila lama tak bebel, merapu meraban segala bagai. Alamak, okay serius balik. -.-

Tajuk hari ini adalah, perspektif manusia terhadap sesuatu.
Ya, perspektif seseorang. Ada orang kata shah rukh khan handsome, tapi ada juga orang kata dia tak handsome. Berlainan bukan ? Hati lain-lain, fikiran pun lain-lain, berbeza. Contoh paling terdekat, siapa kata Justin Bierber tu handsome ?? EE, aku cakap, dia tak. Blurrghh. :O

Ceritanya begini, aku bersama beberapa kawan sedang menikmati makan malam, yang dibekalkan oleh si Jawa nih. Aku tak pernah mengeluh tentang makanan apa yang di bawa, kerap atau tidak, janji aku dapat makan free.

Kenapa perlu mengeluh kalau itu makanan free bukan ? Tapi si Kluang nih mulut dia memang seperti bontot ayam, malah dia sendiri suka makan bontot ayam ! Jadi, betul lah kata orang-orang tua, bukan ?! Di situ, dah bersinar kebenaran nya. Hehehe

Kemudian terjadi lah sebuah cerita. Dia seperti biasa, susah untuk menyerah kalah walaupun ayatnya tidak memberi kemenangan langsung. Tajuk perbualan ketika itu ialah, kereta auto dan manual. Aku pada mulanya, tidak hiraukan langsung, hanya ayam menjadi perhatian aku ketika itu. Ungkep weh, mana boleh hirau ! kan ?

Okay, berbalik ke topik. Dan, dia secara tiba-tiba berkata dengan kuat, "Orang yang bawak auto nih, orang bodoh !", dengan eksaitednya ye adik-adik. Secara automatiknya aku cuba untuk menegakkan kebenaran, mujur si Gemok di party aku.

Dia bikin wa panas beb ! Sebab, wa guna auto, kalau wa orang bodoh, kau orang apa ? cerdik pandai bawak manual ?
Cuba kau turun bawak manual depan jalan area merdeka tu, oh tak tak, cuba kau bawak dekat MRR2, tengok sikit sampai bila boleh bertahan tanpa mencarut ?!

Cuba kalau aku cakap, orang manual tu ORANG BODOH !




Ouch ? Exactly my point.

Sebenarnya, aku tengah bengang sampai nak menulis pun, rasa macam geli nya ayat aku. Dahlah, nak membuta, adios !

No comments: