Tuesday

will miss you brotha :(


budak gemuk atas nih nama nya khairun nazrin. mak dia bagitau semua orang pagi tadi yang dia dah meninggal pada pukul 3.38am pada hari ini. meninggal langgar lari.
------
dia kawan aku dari kecik lagi, rumah pun terlalu dekat. dulu setiap malam ngaji sama-sama, terlalu dekat sangat. semua orang sayang dia sebab dia gemok, ayah dia selalu marah dia tanpa sebab so semua sayang dia. budak budak taman ni, kitaorang terlalu close sebab dulu semua mengaji satu tempat jeh and petang petang mesti berkumpul main sama-sama, tak kira lah kau perempuan ke atau lelaki.
------
dulu kau selalu datang rumah, lepak sini sampai kan mak aku dah jadikan kau anak angkat. aku sayang gila kat kau macam adik aku sendiri. eventhough kau dah pindah, semua still ingat kau. sedih doh :(
------
tapikan, sebenarnya dia TIPU. dia yg sms guna num mak dia. macam babi kau tau tak nazrin ? satu taman nih macam berkabung sebab kau, semua menangis kau tau tak ?! termasuk aku -.- and aku dah bagitau parents and diorang sanggup dah nak amek time off semata-mata nak pergi kajang melawat family kau, nasib baik si anja call aku cepat cepat. isssssh kau tau tak, aku serious tak pernah rasa sedih bila dapat tau orang yang aku kenal meninggal.
------
now, semua tengah plan nak belasah kau. bapak aku suruh anja tolong sampai kan hajat nya iaitu, tumbuk kau dua kali. and aku nak follow anja and adila pergi belasah kau. serious semua nak belasah kau. kau tau, anja tu aku dah anggap macam abang, sebab dia protective kat semua orang yang dia kenal. tapi kau sanggup buat dia macam tu. haih
-----
kau mati nanti, takda siapa datang melawat baru kau tau.

No comments: